-->

ads

MAKALAH TAMADUN MELAYU ISLAM


2. ISLAM DI ALAM MELAYU
1.1 Teori Kedatangan Islam
1.2 Pengenalan
1.  Tiada satu tarikh yang tepat mengenai kedatangan dan proses islamisasi di Alam Melayu dan pelbagai andaian telah dikemukakan bila, dari mana dan bagaimana Islam datang ke Alam Melayu
2.  Terdapat sejarawan yang mengatakan Islam dibawa ke Alam Melayu seawal abad pertama hijrah (abad ke 7M dan ke 8M) dan ke Tanah Melayu abad ke 9M dan 10M.
3.  Pendapat lain – Islam hanya bertapak di Alam Melayu pada abad ke 10M.
4.  Ada juga pendapat yang mengatakan Islam dibawa oleh pedagang-pedagang dari India, Arab-Parsi dan Cina sekitar abad ke 14M
1.3 Islam Datang dari India
1.  Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette dan R.O Winstedt antara pengkaji Barat yang mengatakan Islam datang dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah mana ianya datang.
2.  Pijnappel – Islam dari daerah Gujerat dan Malabar yang dibawa oleh pedagang berbangsa Arab. Buktinya – nama Gujerat dan Malabar banyak disebut dalam sejarah awal kepulauan Melayu dan juga penemuan batu nesan oleh Morquette di Pasai bertarikh 1428M dan di Gerisik bertarikh 1419M yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat.
3.  R.O Winstedt – batu nesan di Bruas, Perak mempunyai persamaan batu nesan di Gujerat.
4.  S.Q Fatimi – Islam di Nusantara datang dari Bengal, Coromandel, India melului aktiviti perdagangan
5.  Thomas Arnold (The Muslim World) – Islam dibawa oleh pedagang India muslim dari Malabar di daerah Selatan India berdasarkan persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie sedangkan di Gujerat bermazhab Hanafi.
6.  Ibn Batutah (ahli pelayaran Islam) turut mengatakan bahawa Islam dibawa dari India berdasarkan pakaian yang dipakai oleh raja-raja Pasai menyamai pakaian raja-raja di India dan Merah Silu (Malik al Salih) dulunya adalah seorang hindu kemudian memeluk Islam dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang Bengal.
7.  Menurut catatan sejarah, kesultanan Pasi telah menerima Islam pada tahun 1042M dan sultan Malik al-Salih bukanlah raja pertama Pasai tetapi sudah diperintah oleh raja sebelumnya, Meurah Giri (Mahmud Shah). Batu nesan Malik al-Salih menunjukkan beliau meninggal pada 1297M, sudah tentu beliau menerima Islam lebih awal, sedangkan Gujerat menerima Islam sekitar 1301M.
1.4. Islam datang dari China dan Champa
1.  Catatan Marco Polo (pengembara Venice) telah merakamkan bahawa beliau telah singgah di Perlak selepas menjelajah China pada akhir kurun 13M dan mendapati sudah ada penempatan orang Islam di situ.
2.  Hal ini disokong oleh P.E De Josselin de Jong berdasarkan wujudnya hubungan perdagangan antara Pasai dengan China
3.  Gardener dan Emmanuel berpendapat bahawa Islam telah sampai ke China melalui jalan darat pada zaman Khalifah Uthman b Affan dan kemudian zaman Umayyah dan Abbasiyah.
4.  Catatan sejarah China juga menyebut tentang kewujudan pedagang-pedagang Arab dan kawasan penempatan Arab di Canton
5.  Pada tahun 878-879M, tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak senang hati penduduk tempatan terhadap kemajuan ekonomi pedagang-pedagang Arab. Situasi ini mendorong mereka untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan antara tempat yang dituju ialah Champa, Kedah dan Palembang.
6.  Penemuan batu nesan seorang keturunan Arab di Pekan, Pahang, batu nesan di Leran, Surabaya dan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu adalah antara bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa
1.5. Islam datang dari Arab-Parsi
1.  Antara mereka yang menyokong teori ini ialah John Crawford, Caser Ajib Majul dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas serta Dr. Hamka. Teori mereka berasaskan bahawa telah wujud hubungan perdagangan di antara orang-orang Arab-Parsi dengan penduduk Alam Melayu sejak zaman Jahiliyah lagi.
2.  Tahap kedatangan Islam dari Arab-Parsi ke Alam Melayu terbahagi kepada 3 tahap – Tahap persinggahan, tahap penempatan dan tahap penyebaran.
3.  Sumber Cina turut mencatatkan wujudnnya penempatan orang Arab di Sumatera pada abad ke 7M di bahagian barat pulau tersebut.
4.  Pemerintahan Khalifah Sulaiman Ab Malik (715-17M) dikatakan telah menghantar armada sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi
5.  Islam turut berkembang dengan usaha yang dilakukan oleh golongan Syiah. Kesannya terdapat golongan syiah di Kepulauan Sila di Sulu, Sulawesi dan Kalimantan.
6.  Prof. Syed Muhammad Naquib, berpendapat:
a.  Hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam tiada suatu pun laporan, rujukan atau sebutan yang merujuk kepada penulis atau kepada kitab yang berasal adri India atau digubah oleh orang India
b.  Mubaligh-mubaligh lama Ilsam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang Arab seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka
c.   Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah. Misalnya kedudukan dan cara penghuraian akidah pelbagai mazhab ilmu tasawuf, peribentuk tulisan jawi dan coraj beberapa huruf, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara melafazkan al-Quran dan lain-lain
7.  Dr. Hamka berhujjah:
a.  Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari sumbernya Mekah iaitu terutusnya Syeikh Ismail dari Mekah yang singgah di Malabar untuk mengambil Fakir Muhammad menyertainya ke Nusantara untuk mengislamkan Merah Silu
b.  Pengislaman Parameswara oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah
c.   Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif
d.  Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Mekah
e.  Tersangat dalamnya pengaruh mazhab Shafie di Alam Melayu membuktikan bahawa mubaligh utama ialah orang-orang Arab. 

Halaman selanjutnya  HAL...1   HAL...2   HAL...3    HAL...4



Berlangganan update artikel terbaru via email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel